Pada 6 Disember 2012 lalu, kit eksperimen telah di uji keberkesanannya terhadap kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun. 2 orang kanak-kanak, seorang lelaki dan seorang perempuan telah diberi peluang untuk mencuba kit elektromagnet.
Kanak- kanak tersebut kelihatan berminat untuk mengendalikan kit tersebut. Apabila kit berjaya berfungsi menarik besi klip kertas, kanak-kanak lelaki segera mengenali kit itu adalah berkaitan dengan magnet. Menurutnya, dia biasa melihat magnet di rumah iaitu pelekat magnet di peti sejuk. Ibu dan bapanya telah memperkenalkannya kepada magnet menggunakan magnet peti sejuk.